Pertandingan Amphibious Electric Vehicle

Pertandingan Amphibious Electric Vehicle 2012 menawarkan  peluang kepada pelajar untuk belajar melalui pertandingan persahabatan menentang rakan-rakan mereka di mana pelajar bertanggungjawab untuk merekabentuk, pembinaan, dan prestasi kenderaan mini mereka dengan melengkapkan perlumbaan dalam masa yang paling singkat. Menggunakan apa-apa sahaja bahan, pesaing akan merekabentuk dan membina sebuah kenderaan mini yang akan berlumba di gelanggang lumba sepanjang 10-meter. Pemenang pertandingan ialah pasukan yang mempunyai kenderaan yang menjadi pemenang keseluruhan dalam siri pusingan penyingkiran sengit.
[singlepic id=73 w=320 h=240 float=none][singlepic id=74 w=320 h=240 float=none]
Penganjur:
Myrobotz Enterprise (http://myrobotz.blogspot.com/)

Tempat Rasmi:
Pusat Sains Negara

Disokong Oleh:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Objektif:

  • Untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan orang awam mengenai:
  • Manfaat tenaga kuasa boleh diperbaharui terutama solar dan elektrik.
  • Untuk menyediakan platform dan peluang untuk guru-guru, pelajar dan orang awam:
  • Untuk bersaing dalam pertandingan berasaskan teknikal dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
  • Untuk menyediakan saluran komunikasi untuk pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dan serta IPTA/IPTS.

Jenis Pertandingan:

  • Pertandingan Amphibious Electric Vehicle  (Sekolah & Terbuka)

[singlepic id=75 w=320 h=240 float=none]

Terdahulu