Arang atau penyegar udara?

Arang merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan.

Arang biasanya dihasilkan melalui proses pirolisis perlahan, pemanasan kayu, gula, tulang, atau bahan lain tanpa oksigen. Bahan yang terhasil adalah bahan lembut, rapuh, ringan, hitam, poros menyerupai batu arang dan merupakan 85% hingga 98% karbon dengan sisanya terdiri dari bahan kimia mudah terbakar dan abu.


Namun,tahukah anda kegunaan arang dalam kehidupan seharian kita? Antara kegunaan arang yang ingin ditekankan ialah arang bertindak sebagai penyerap bau yang sangat baik.

Arang boleh diletakkan didalam peti sejuk untuk menyerap bau hanyir bahan-bahan mentah yang terdapat di dalam peti sejuk. Manakala, apabila arang diletakkan di dalam almari kasut, bau hapak kasut akan hilang. Hal ini demikian kerana arang mempunyai karbon yang sangat banyak.

Apabila terdapat atom hydrogen di dalam udara iaitu bau busuk, ikatan karbon-hidrogen akan terbentuk. Arang juga mempunyai pori-pori kecil yang dapat memerangkap zarah-zarah kecil bau busuk. Maka, bau busuk akan terperangkap di dalam arang.

Arang kini giat diindustrikan terutama di negara maju seperti Jepun. Terdapat kajian yang dijalankan oleh Japan Science And Technology Agency dengan kerjasama Japan Cancer Institute mendapati bahawa arang boleh membunuh sel kanser dan tumor tanpa kesan sampingan.

Caranya, arang atau karbon ini ditukar kepada nanohorn terlebih dahulu. Arang juga diproses menjadi air arang dan dijual kepada masyarakat. Air arang dikatakan menjadi anti-racun didalam badan sekiranya diminum secara rutin. Hal ini membantu tubuh terhindar daripada penyakit.

Arang juga boleh digunakan didalam pembuatan penapis air. Arang yang bagus digunakan dalam penapis air adalah arang tempurung. Hal ini kerana, bau busuk air yang hendak ditapis akan hilang. Penapis air ini boleh dibuat secara ‘DIY’ di rumah kerana kosnya adalah sangat murah dan menggunakan konsep Go Green.

Kebanyakan bahan yang diperlukan untuk membina penapis ini boleh didapati daripada bahan kitar semula. Caranya, arang mestilah depecahkan menjadi ketulan kecil dan diletakkan di lapisan terakhir penapis air tersebut. Air yang ditapis pasti rasanya sedap dan bau hanyir air akan hilang.

Arang sering disalahertikan fungsinya oleh segelintir masyarakat. Mereka berpendapat bahawa Arang berfungsi sebagai ‘Air Freshener’. Tetapi sebenarnya tidak. Arang akan memerangkap bau busuk manakala, Air Freshener akan mengeluarkan bau yang lebih kuat menandingi bau busuk tetapi bau busuk tetap ada.

Apabila ditanya yang manakah lebih bagus, Air Freshener atau arang? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, bergantung kepada individu itu sendiri, tepuk dada tanya selera.

Terdahulu