Pusat Sains Negara berubah menjadi alam fantasi

Tidak dinafikan sesiapa sahaja ketika di zaman kanak – kanak akan mengimpikan untuk berada di alam fantasi, penuh dengan keceriaan dan kegembiraan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata – kata. Segalanya menjadi realiti apabila Pusat Sains Negara (PSN) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) berganding bahu menjayakan Hari Pediatrik untuk anak – anak istimewa bertemakan Enchanted… Read More »

95% kes keracunan cendawan akibat kecuaian

Kurangnya pengetahuan terhadap cendawan beracun, boleh membawa kepada malapetaka dan lebih membimbangkan ia berupaya menyebabkan kematian. Pada tahun 2018, kes keracunan cendawan mencatatkan angka lebih 130 kes berbanding tahun sebelumnya, hanya 20 kes yang dilaporkan, ujar Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Mohd Hanif Zailani. Lebih membimbangkan, beliau turut menjangkakan… Read More »

WOW! LET’S BLEW-UP THE SCIENCE!- Gemparkan Pusat Sains Negara

Bukan dua, bukan empat, tetapi enam eksperimen sains berskala besar berlangsung di Pusat Sains Negara (PSN) pada Ahad lalu, bersempena dengan Hari Pusat Sains dan Muzium Sains Sedunia. Kebetulan pula, sambutannya yang jatuh pada hari Ahad iaitu cuti hujung minggu, bukan main ramai lagi adik – adik kita yang ditemani ibu bapa berkunjung ke PSN… Read More »

Dinosaur ‘hidup’ kembali di Pusat Sains Negara

Walaupun baru tiga hari dibuka kepada orang awam, pameran Dinosaur Encounter telah mencatatkan lebih 4000 ribu pengunjung yang teruja untuk menyaksikan haiwan prasejarah itu di Pusat Sains Negara (PSN). Akibatnya, PSN sesak dengan pengunjung yang mahu melihat secara dekat 18 ekor dinosaur, meliputi 9 spesis dinosaur bersaiz sebenar yang dipamerkan disini, dengan berlatarbelakangkan persekitaran habitat… Read More »

Pusat Sains Negara ‘tawan’ Kota Belud.

KOTA BELUD – Dewan Masyarakat Tun Said, diserbu lebih 2000 pelajar dari sekitar Kota Belud sempena dengan Program Singgah Sains 2019 @ Tamu Besar yang berlangsung pada 23 dan 24 Oktober 2019. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, YB. Isnaraissah Munirah Majilis ini telah membuka mata masyarakat… Read More »