galeri
taman pendidikan sains
fasiliti
V-Shoppe  +
auditorium Ibnu Sina  +
auditorium Quantum  +
galeri sementara  +
dewan serbaguna  +
robotic learning centre  +
bilik peneroka comel  +
kids discovery place  +
Icah Kafe  +

Menyediakan perkhidmatan pusat sumber yang terbaik dengan memberikan akses kepada maklumat sains dan teknologi kepada orang ramai dan organisasi secara tepat, cepat dan mudah.

Misi

Menyediakan perkhidmatan pusat sumber yang terbaik dengan memberikan akses kepada maklumat sains dan teknologi kepada orang ramai dan organisasi secara tepat, cepat dan mudah.

Pengenalan

Pusat Sumber PSN pada mulanya ditubuhkan sebagai tempat rujukan kepada staf PSN di dalam menjalankan tugas mereka. Apabila koleksi Pusat Sumber PSN menjadi semakin besar pihak pengurusan PSN merasakan koleksi ini patut dikongsi bersama dengan orang ramai. Mulai tahun 2000 orang ramai mula dibenarkan menggunakan kemudahan di Pusat Sumber PSN secara percuma. Bermula dari November 2005 perkhidmatan pinjaman hanya diberikan untuk ahli Kelab Pusat Sains Negara sahaja.

Koleksi

Koleksi am
Mengandungi buku-buku akses terbuka dalam semua bidang. Buku-buku dalam koleksi ini boleh dipinjam.

Koleksi Rujukan (Tanda merah)
Koleksi ini terdiri dari pelbagai disiplin dan hanya untuk rujukan di Pusat Sumber.

Koleksi khas (Tanda hijau)
Koleksi Projek dan Aktiviti Sains.

Koleksi ini merupakan koleksi penting dengan tumpuan kepada pembelajaran prinsip-prinsip sains secara eksperimen dan ujikaji. Ia membantu di dalam penerokaan pelbagai bidang sains dalam pendekatan yang lebih segar dan menarik.

Rujukan

Koleksi utama pusat sumber adalah di dalam bidang sains dan teknologi. Koleksi bahan dipilih untuk memenuhi kehendak pengguna yang terdiri daripada:-
Kakitangan PSN
Golongan pelajar

Masyarakat umum

Perkhidmatan

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah:-
Pinjaman
Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan

Perkhidmatan fotokopi - Perkhidmatan disediakan dan dikenakan bayaran 10 sen sekeping bagi saiz A4 dan 30 sen bagi saiz A3
Tempahan Bilik Pandang Dengar

Perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat - Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna menggunakan Perpustakaan secara lebih berkesan, membantu mendapatkan maklumat/bahan-bahan yang diperlukan, memberi tunjukajar cara menggunakan katalog dan bahan-bahan rujukan dan menjawab segala pertanyaan.
Pameran prolehan baru - Buku yang baru diterima dan telah siap diproses akan dipamerkan selama sebulan sebelum dibenarkan untuk pinjaman.
Polisi
Panduan kepada Pusat Sumber PSN:-
Perkhidmatan
Kad keahlian Pusat Sumber PSN

Pinjaman
Tempoh pinjaman
Denda lewat pemulangan

Bahan yang rosak atau hilang

Pembaharuan pinjaman

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Khamis : 9.00 pg - 5.00 ptg

Jumaat : 9.00 pg - 12.15 tgh & 2.45 ptg - 5.00 ptg
Sabtu : 9.00 pg - 1.30 tgh

Ahad, Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga serta cuti umum : Tutup

Ahad dan cuti umum - tutup

. .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Pusat Sumber PSN, Pusat Sains Negara,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Pesiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Hjh Sharifah Fatimah bt.Syed Nasir
Telefon : 03-20921150 samb. 351
Faks : 03-20921250
E-mel : fatimah@psn.gov.my