galeri
taman pendidikan sains
fasiliti
Taman Pendidikan Sains

Taman Pendidikan Sains merupakan salah satu dari inisiatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran sains yang mesra alam dengan berlatarbelakangkan alam semulajadi sebagai bilik darjah. Taman Pendidikan Sains memberi peluang kepada para pengunjung menjiwai sains melalui interaksi dan pemerhatian terhadap bahan-bahan pameran yang berkonsepkan asas sains fizik, biologi dan kimia.
Dalam persekitaran yang terbuka ini, pengunjung berpeluang untuk memahami biologi haiwan dan tumbuhan menerusi taman-taman temanya seperti Taman Arnab (Rabbit Alley), Taman Alam Semulajadi (Nature Centre) dan Taman Burung (Bird Aviary).

* Untuk makluman, Taman Pendidikan Sains ditutup buat kunjungan orang ramai kerana berada dalam proses menaiktaraf. Segala kesulitan amatlah pihak PSN kesali.