galeri
taman pendidikan sains
bird aviary  +
rabbit alley  +
rumah akuatik  +
taman herba  +
taman organik  +
taman ternak  +
rumah hidroponik  +
rumah cendawan  +
fasiliti
Taman Alam Semulajadi (Nature Centre)

Kawasan ini menempatkan pelbagai flora dan fauna menarik yang terdapat dalam hutan hujan tropika kita. Antaranya adalah rama-rama pelbagai spesies (termasuk ulat dan kepompongnya), pelbagai spesies ikan dalam kolam yang direka indah, reptilia seperti ular, iguana, forest gecko serta beberapa ekor amfibia luar biasa seperti katak tanduk. Pelbagai serangga unik seperti 'stick insect', 'leaves insect', tarantula, '3-rhino beetle', 'orchid insect' dan lain-lain juga terdapat di sini. Kawasan ini diserikan lagi dengan pelbagai spesies tumbuhan dan bunga-bungaan tropika.
Butterfly Project 1 Butterfly Project 2

Pengunjung akan berpeluang mengenali kehidupan, kelakuan habitat dan keadaan biologi hidupan ini secara lebih dekat lagi dengan penerangan yang berkesan dari pegawai / petugas yang dilantik. Paparan tumbuhan dan haiwan unik yang memenuhi Nature Centre diadun dengan persekitaran yang santai untuk mewujudkan suasana taman yang selesa, ringkas dan mudah diterokai.Persekitaran yang tidak kompleks ini adalah sejajar dengan objektif Pusat Sains Negara untuk menyemai minat orang awam kepada sains dan menyedari betapa sains itu adalah indah, ringkas, menarik dan mudah dihayati.

KOORDINATOR
Norzilawati bt. Md Kamsor
e-mel : norzilawati@psn.gov.my
Telefon : 03-20921150 samb. 347