umum
sejarah  +
carta organisasi  +
direktori personel  +
piagam pelanggan
maklumbalas
maskot PSN
kelab PSN
chat & forum

Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29hb November 1996.

PSN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, sebuah kawasan yang aman permai dan harmoni, merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, Pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia.

Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Bahan pameran ini ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Visi
Peneraju pusat pembelajaran sains dan teknologi tidak formal yang memacu rakyat Malaysia ke arah pemikiran kreatif dan inovatif.
Misi
Mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains, teknologi dan inovasi sepanjang hayat.
Objektif
Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap sains, teknologi dan inovasi.
Strategi
 
Menyediakan bahan pameran sains yang interaktif .
Menawarkan program dan aktiviti sains yang menarik dan dinamik.
Menyediakan persekitaran serta kemudahan pengajaran-pembelajaran sains tidak formal yang menyeronokkan.
Menghasilkan dan menerbitkan bahan literasi sains.

Meluaskan capaian pusat sains ke seluruh negara.
Mewujudkan landasan perkongsian bestari dan menjadi hub bagi perlaksanaan aktiviti sains, teknologi dan inovasi.
Menyediakan khidmat nasihat pengajaran-pembelajaran sains tidak formal.