umum
konsep & peranan PSN  +
sejarah  +
carta organisasi  +
direktori personel  +
piagam pelanggan
maklumbalas
maskot PSN
kelab PSN
chat & forum
Maskot PSN
 

Antstein

Antstein diilhamkan dari saintis terkenal Albert Einstein, yang telah mengemukakan pelbagai kertas kerja sains termasuk konsep E = mc2.

Karektor seekor semut:

  • Semut adalah serangga yang hidup di persekitaran kita semenjak kewujudan manusia.
  • Serangga ini sering dihubungkaitkan dengan sifat tekun dan rajin bekerja kepada manusia.
  • Walaupun saiznya kecil, tetapi semut mempunyai keupayaan yang hebat di mana dapat mengangkat objek yang mempunyai berat 30 kali ganda dari saiz berat badannya yang sebenar.
  • Semut adalah serangga yang hidup bermasyarakat, menerapkan semangat berpasukan dan perhubungan antara koloni di bawah satu system peradaban atau undang-undang.
  • Semut memainkan peranan penting dalam kestabilan ekosistem di habitat yang mereka tinggal.
 

PenyuCurie

PenyuCurie diilhamkan dari saintis wanita terkenal Madam Curie yang telah menemui dua elemen polonium dan radium.

Karektor seekor penyu:

  • Penyu digambarkan sebagai memiliki sifat tekun, gigih dan berjiwa sabar, contohnya, ia tetap naik ke pantai pada waktunya walaupun bermacam halangan yang bakal menimpa.
  • Yakin pada diri sendiri, berprinsip dan mampu berdikari, kendiri dalam meneruskan kehidupan tanpa banyak bergantung kepada orang lain.
  • Bermanfaat dan produktif, bijak mengawal kehidupan dan sentiasa menghargai asal-usul kehidupannya.
 

Gajalileo

Gajalileo diilhamkan dari saintis terkenal Galileo Galilei. Beliau merupakan orang pertama yang menggambarkan sistem solar yang dipelajari sekarang melalui perkembangan teleskop.

Karektor seekor gajah:

  • Gajah mempunyai personaliti yang baik, bersedia untuk dibimbing.
  • Memiliki sifat positif/keterbukaan kepada tunjuk ajar.
  • Bersedia untuk patuh kepada disiplin di samping memiliki anugerah semulajadi iaitu kuat dan gagah serta mempunyai potensi untuk dimanfaatkan.
  • Berbudaya kekeluargaan dan kerja berpasukan yang harmonis untuk kemudahan menyesuaikan diri dalam kesusahan.
  • Sentiasa memupuk semangat menghormati dalam kelompok hirarki dan bersedia untuk memimpin dan dipimpin.