Kami warga Pusat Sains Negara berjanji:
Memberi layanan yang mesra, cekap dan penuh hormat
kepada semua pelanggan.
Setiap tempahan program dan aktiviti pendidkan dan
lawatan akan disahkan tidak melebihi tempoh tiga (3) hari
bekerja dari tarikh tempahan dibuat.
Galeri-galeri pameran berada dalam keadaan
penyelenggaraan yang baik dan selamat.
Sekurang-kurangnya 85% bahan-bahan pameran
interaktif berfungsi pada setiap masa.
Semua aduan mengenai perkhidmatan dan kemudahan
akan dikendalikan dan diambil tindakan dalam tempoh
satu (1) minggu.
Demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan, kami sedia menerima sebarang teguran,
pandangan dan idea-idea.
Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan lanjut,
sila hubungi Pengarah / PRO.
Tel: 603-2092 1150 Faks: 603-2092 1250
Emel: psn@psn.gov.my
Laman Web: http://www.psn.gov.my
|