1. Apakah waktu operasi PSN?
Isnin - Khamis, Sabtu - Ahad
9.00 pagi - 5.00 ptg
Tutup pada hari Jumaat (*akan berubah dari masa kesemasa.)
2. Adakah PSN dibuka sewaktu musim cuti sekolah dan cuti umum?
Ya, dan tutup pada Hari Raya Aidilfitri.(*akan berubah dari masa kesemasa.)
3. Di manakah saya boleh membeli tiket masuk PSN?
Di pagar utama PSN
4. Perlukah pelawat membuat tempahan awal?
Ya, hanya bagi rombongan sekolah sahaja.
5. Adakah bayi dikenakan bayaran masuk?
Tidak
6. Apakah had umur bagi kanak-kanak yang memerlukan penjaga/pengasuh?
12 tahun dan ke bawah
7. Adakah tiket masuk sah digunakan berulang kali pada hari lawatan yang sama?
Ya
8. Apakah tarikan umum PSN?
Konsep asas sains dalam bentuk interaktif
9. Apakah aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh PSN untuk lawatan sambil belajar?
Maklumat lanjut sila klik di sini
10. Bagaiman saya boleh mendapatkan maklumat mengenai PSN?
http://www.psn.gov.my
11. Di manakah terletaknya PSN?
Di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti
12. Apakah terma dan syarat di dalam bangunan PSN?
Makanan dan minuman dilarang dibawa masuk ke dalam bangunan
Merokok dan haiwan peliharaan dilarang di semua premis bangunan PSN
13. Apakah yang saya akan dapat / peroleh dari PSN?
Ilmu pengetahuan dan keseronokan
14. Apakah kemudahan lain yang disediakan di PSN?
Surau dan cafeteria
15. Di manakah letaknya masjid yang terdekat?
Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara
16. Adakah terdapat peta petunjuk di dalam bangunan PSN?
Ya
17. Adakah warga istimewa dikenakan bayaran?
Tiada bayaran dikenakan
18. Berapakah harga tiket untuk pelawat dewasa?
RM6.00 setiap seorang. ( 13 tahun dan ke atas )
19. Berapakah harga tiket untuk pelawat kanak-kanak?
RM3.00 setiap seorang. ( 7 tahun - 12 tahun )
20. Berapakah harga tiket untuk warga tua?
RM3.00 setiap seorang. ( 55 tahun dan ke atas )
21. Adakah saya boleh menempah tiket secara online? Bagaimana?
Ya. Sila klik di sini <-->
Tidak.
22. Bagaimana saya perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai rombongan lawatan sekolah?
Anda hanya perlu fakskan surat lawatan anda kepada:-
Pengarah
Pusat Sains Negara
Pesiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50663 Kuala Lumpur
Faks: 03-2089 3401
Sila nyatakan tarikh, masa dan bilangan pelajar dan guru di dalam surat tersebut.
|