MELAWAT PSN
peta lokasi  +
apa kata pelawat  +
 tempahan lawatan  +
 soalan lazim (faq)  +
Panduan Pelawat

Lawatan

  1. PSN menyediakan lebih dari 1,000 bahan pameran bercorak interaktif;
  2. Bahan pameran ditempatkan di dua belas galeri pameran;
  3. Bahan pameran telah direkabentuk menggunakan konsep "tertumpu kepada orang yang belajar" dan "belajar sendiri";
  4. Bahan pameran direkabentuk untuk lawatan berulang
  5. Pengalaman adalah berlainan bagi setiap lawatan.

Ketibaan

  1. Pelawat kanak-kanak dan pelawat lanjut usia dinasihatkan supaya turun dan menaiki kenderaan di depan pintu masuk bangunan PSN;
  2. Pelawat dinasihatkan membaca semua arahan dan panduan yang tersedia di PSN
  3. Semua pelawat yang masuk ke kawasan PSN hendaklah sentiasa berhati-hati. PSN tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Waktu Lawatan

  1. Sabtu hingga Khamis (9.00 pagi - 5.00 petang);
  2. Dibenarkan masuk hingga 4.00 petang
  3. Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan disiarkan melalui pihak media.

Bayaran Masuk

Kategori
Harga seorang (RM)
  Dewasa
6.00
 
  Kanak-kanak (7-12 tahun)
3.00
 
  * Kumpulan Pelajar Sekolah Rendah (termasuk guru)
2.00
 
  * Kumpulan Pelajar Sekolah Menengah (termasuk guru)
3.00
 
  * Kumpulan Dewasa (minimum 10 orang)
5.00
 
  Untuk mendapatkan bayaran masuk bertanda *, tempahan awal adalah diperlukan. Tempahan kumpulan sekolah mesti melalui guru besar sekolah dan mesti diiringi oleh guru sekolah.  
 

Pertanyaan

  1. Pertanyaan Am Tel: 03-20921150
  2. Tempahan Sekolah/Kumpulan sila hubungi:-
    Pn. Wan Khazana Azlinda
    Tel: 03-20921150 samb 373
    E-mel: wankhaz@psn.gov.my