PROGRAM SEKOLAH
pelajar
keajaiban sains  +
pendidik
khas
PROGRAM AWAM
PROGRAM JANGKAU LUAR
ALBUM FOTO
KALENDAR AKTIVITI
BORANG TEMPAHAN
Saintis Tunas
(pra sekolah)

Memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah serta pengenalan dalam bidang sains kepada kanak-kanak tadika yang berumur 4 -6 tahun. Ini akan merangsang minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil belajar, bermain dan berfikir. Ia dijalankan dengan konsep lakukan, perhatikan, menerangkan konsep sains dan belajar vocabulary.

Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan.

 

Tajuk-tajuk aktiviti :

a) Sama tapi berbeza- Mengenali pelbagai jenis daun dari segi warna, bentuk dan saiz serta kaitan antara manusia dan tumbuh-tumbuhan

b) Tarik ! Tolak ! - Mengenali magnet dan penggunaan magnet dalam kehidupan seharian

c) Titik ajaib - Menghasilkan pelbagai bentuk dan bermain dengan titik ajaib

d) Ia sejuk, Ia panas - Perbezaan bentuk dan sifat-sifat air serta kepentingan air

e) Aktiviti buah epal - Mengenali, mengira, membuat perbandingan saiz dan bentuk buah epal

f) Ujian ke atas air - Menguji air dan perbandingan jumlah air dalam bekas yang berbeza

g) Struktur dan fungsinya - Mengapa air tidak tumpah dan menguji kekuatan plastik

h) Aktiviti kimia - Tunjukkan warna yang sebenar dan warna yang berlari

i) Ujian ke atas kertas - Menguji kadar serapan air dan kekuatan pelbagai jenis kertas

WAKTU PROGRAM DAN LOKASI

 
 
Hari: Isnin - Khamis
Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi
Kumpulan Sasaran: Kanak-kanak 4-6 tahun
Lokasi: Kid's Discovery Place
Kos: RM3.00 seorang
 
 

Nisbah yang ditetapkan adalah seorang penjaga / guru : 5 orang kanak-kanak

KOORDINATOR
Norhanita bt. Abd Hamid
e-mel : hanita@psn.gov.my
Telefon: 03-20921150 samb. 324

Tempah On-Line