PROGRAM SEKOLAH
pelajar
keajaiban sains  +
pendidik
khas
PROGRAM AWAM
PROGRAM JANGKAU LUAR
ALBUM FOTO
KALENDAR AKTIVITI
BORANG TEMPAHAN
Sains Agrotek (Akuatik)

Aktiviti yang menarik ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dunia akuatik. Setiap pelajar akan berpeluang untuk mempelajari, mengalami dan merasai dunia akuatik. POSTER

SEKOLAH RENDAH

  • Akuarium Ku
    Peserta akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina sebuah akuarium yang ringkas beserta dengan sistem sokongan untuk sesebuah akuarium dan parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik.
  • Anatomi Ikan
    Peserta akan diajar tentang anatomi luaran dan dalaman seseekor ikan serta fungsi setiap bahagian.
  • Membina Hidrometer Ringkas
    Peserta akan lebih memahami bagaimana hidrometer bekerja / berfungsi dengan membina model dan menjalankan eksperimen.
  • Air Bersih
    Bagi membantu peserta memahami bahawa air yang kotor dapat dibersihkan. Sungai, kolam, tasik dan laut adalah habitat ikan dan kebersihan air perlulah sentiasa dijaga supaya kita dapat membantu melindungi habitat tersebut.
  • Katak dan Kodok
    Peserta akan diterangkan perbezaan yang agak ketara diantara dua spesis yang sama. Peserta juga akan dibawa ke kolam ekologi dan diberi peluang untuk mengumpul telur dan anak katak dan mengkelasnya mengikut peringkat umur.

WAKTU PROGRAM

 
 
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Jangkamasa: 1 jam 30 minit
Hari: Isnin - Khamis
Bil. Pelajar:

10 orang (minimum); 40 orang (maksimum)

Kadar Bayaran: RM 4.00 seorang termasuk guru dan pengiring
 
 

SASARAN
Pelajar 7 - 12 tahun

SEKOLAH MENENGAH

  • Anatomi Ikan
    Peserta akan diajar tentang anatomi luaran dan dalaman seseekor ikan serta fungsi setiap bahagian.
  • Kolam dan Ekologinya
    Peserta akan diberi tunjuk ajar tentang sistem sebuah kolam ekologi dan parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik sesebuah kolam ekologi.
  • Kadar Pernafasan Ikan
    Peserta akan memerhati pembukaan dan penutupan mulut serta operkulum ikan bagi menentukan kadar pernafasannya. Dan juga bagi memastikan samada suhu sejuk akan mempengaruhi kadar pernafasan pada ikan tersebut.
  • Kesan Suhu Sejuk Pada Pergerakan Ikan
    Bagi membandingkan kadar pergerakan ikan pada suhu biasa (bilik) dan juga suhu sejuk.
  • Air Bersih
    Bagi membantu peserta memahami bahawa air yang kotor dapat dibersihkan. Sungai, kolam, tasik dan laut adalah habitat ikan dan kebersihan air perlulah sentiasa dijaga supaya kita dapat membantu melindungi habitat tersebut.
  • Tekanan Setara
    Peserta akan ditunjukkan bagaimana sel ikan bertindakbalas pada air tawar dan air masin.

WAKTU PROGRAM

 
 
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Jangkamasa: 1 jam 30 minit
Hari: Isnin - Khamis
Bil. Pelajar:

10 orang (minimum); 40 orang (maksimum)

Kadar Bayaran: RM 5.00 seorang termasuk guru dan pengiring
 
 

SASARAN
Pelajar 13 - 17 tahun

KOORDINATOR
Mohd Nasir b. Ngah
e-mel : nasir@psn.gov.my
Phone No: 03-20921150 ext. 320

Tempah On-Line