Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara

BERSEDIA UNTUK MENGEMBARA KE DUNIA DINOSAUR DI ZAMAN PRASEJARAH YANG MENAKJUBKAN!

Mulakan pengembaraan anda dengan merasai pengalaman berinteraksi secara langsung bersama 18 ekor dinosaur animatronic bersaiz sebenar dengan persekitaran habitat zaman dinosaur yang mengujakan.

Anda juga berpeluang berinteraksi secara maya seolah-olah berada di dalam dunia realiti dinosaur melalui teknologi Realiti Terimbuh (RT) yang lebih dramatik dengan kaedah pembelajaran dan penyampaian yang sangat menyeronokkan dan mengujakan.

Pameran Dinosaur Encounter ini akan membawa anda kembali menemui dunia fakta prasejarah dinosaur seperti spesies dan era dinosaur serta punca kepupusan melalui kajian paleontologi dan penemuan fosil dinosaur. Jelajahi dunia dinosaur yang mengagumkan dan mengetahui apa yang membuatkannya begitu diminati

ANIMATRONIC DINOSAUR WALKTHROUGH

JEJAKI DINOSAUR ANDA

Kenali sembilan (9) spesis dinosaur bersaiz sebenar yang menakluki dan menggegarkan pameran ini seperti Tyrannosaurus, Spinosaurus, Stegosaurus, Triceratops, Brachiosaurus, Ankylosaurus, Pachycephalosaurus, Velociraptor dan Pterosaur.

Tahukah anda Malaysia pernah ditakluki oleh dinosaur?

Adakah anda tahu letusan gunung berapi antara salah satu punca  kepupusan dinosaur?

Semua persoalan ini akan terjawab, hanya di Dinosaur Encounter .

BONE TO LIVE

KEUNIKAN PAMERAN INI

Satu pengalaman penerokaan dunia prasejarah dinosaur yang mengagumkan dikuasai teknologi Reality Terimbuh (RT)

Imbas & lihat sendiri bagaimana RT menghidupkan semula dinosaur T-Rex melalui tablet. Anda pasti tidak akan pulang tanpa mempelajari sesuatu perkara yang baharu! Untuk itu, informasi dan fakta-fakta menarik mengenai T-Rex (anatomi, corak pemakanan) tersebut akan dipaparkan di dalam skrin tablet.

WALKING WITH DINOSAUR

KEUNIKAN PAMERAN INI

Anda peminat fanatik dinosaur! Ambil peluang ini untuk melihat diri anda berinteraksi secara maya dan dikelilingi pelbagai spesis dinosaur melalui paparan skrin besar seluas 15 kaki tinggi, 30 kaki lebar yang dikuasakan oleh teknologi Realiti Terimbuh (RT).

HARGA TIKET

Kategori Harga (RM)
Dewasa (13 tahun dan keatas) 15
Kanak – kanak (12 – 4 tahun) 12
Rombongan Sekolah Menengah (termasuk guru) 8
Rombongan Sekolah Rendah/ Prasekolah (termasuk guru) 6
Warga Emas (55 tahun keatas) 5
Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) & OKU PERCUMA

MAKLUMBALAS

Anda telah alami sendiri Dinosaur Encounter? Kongsikan pengalaman anda bersama kami! Mudah sahaja, imbas QR Code dibawah.