IN-REACH PROGRAMME
student's programme
educator's programme
special programme
public programme
 
OUT-REACH PROGRAMME
ALBUM FOTO
ACTIVITY CALENDAR
BOOKING FORMS
Attachment of in Service Educator

(No English Content)

Guru-guru didedahkan kepada bahan pameran, program Tarbiyah sains, pusat sumber serta kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti bengkel dan makmal sains interaktif “hands-on” PSN.

Berasaskan kepakaran guru dalam kurikulum dan teori pendidikan guru menghasilkan modul program dan aktiviti serta helaian kerja yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah atau semasa lawatan pelajar ke PSN.

OBJEKTIF

  • Memberi pendedahan pembelajaran-pengajaran jenis interaktif “hands-on” melalui bahan pameran dan program / aktiviti kepada pendidik bagi diterapkan dengan kurikulum sekolah.
  • Mendapat khidmat kepakaran pendidik dalam penggubalan program pendidikan dan pameran PSN

MANFAAT
Guru-guru dapat menerapkan pembelajaran-pengajaran jenis “hands-on” interaktif di sekolah bagi memantapkan kefahaman dan minat pelajar terhadap sains dan matematik dan guru-guru pioneer ini akan menjadi guru kepada peserta-peserta baru untuk bengkel akan dating dan guru-guru ini boleh menunjuk ajar kaedah ini di sekolah masing-masing.

PSN akan dapat melaksanakan program Tarbiyah Sains yang sejajar dengan kurikulum sekolah demi memantapkan pembelajaran-pengajaran Sains dan Teknologi di kalangan generasi muda Malaysia.

TEMPOH
4 minggu (MOE tetapkan tarikhnya)

FREKUENSI
2 kali set

PEMBIAYAAN
Disyorkan Kementerian Pendidikan Malaysia membiayai kos penginapan dan perjalanan guru-guru dan Pusat Sains Negara membiayai kos program.

SASARAN
Dua orang guru sains dan matematik sekolah rendah dan dua orang guru sains dan matematik sekolah menengah.