Objektif diadakan program ini adalah seperti berikut:
i ) Ahli saintis sebagai 'role model' kepada pelawat terutama pelajar-pelajar
ii) Untuk membangunkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri saintis dalam perbincangan secara tidak formal kepada pelawat.
iii) Untuk memberi peluang kepada orang awam bagi mengetahui kajian-kajian terbaru yang sedang dijalankan oleh saintis termasuk isu-isu semasa yang timbul masa kini yang sukar difahami serta mempunyai implikasi terhadap kehidupan seharian mereka.
iv) Untuk menjadikan Pusat Sains sebagai platform kepada institusi penyelidikan menyebarkan mesej mereka kepada orang awam.

Kekerapan Program:
-Dijalankan sebulan sekali (kebiasaannya minggu ke4 atau minggu ke-5 setiap bulan).
Tempoh Program:
-Mulai Jam 10 pagi sehingga 12 tengahari
Tempat:
-Galeri-galeri Pusat Sains Negara (bergantung kepada tajuk ahli saintis)
Sasaran:
-Saintis menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua peringkat. Ia merupakan dialog antara saintis dengan pelawat. Ia bukan satu ceramah.
Jumlah Peserta Setiap Sesi:
20 hingga 25 orang (Maksimum)
COORDINATOR
Low Yoon Keong
e-mail : yklow@psn.gov.my
Phone : 03-20921150 ext. 329
|