Pautan Kerajaan & Agensi
Garis Panduan Pelawat (COVID-19)
Untuk memutuskan rantaian Covid – 19, berikut adalah garis panduan untuk pelawat, yang perlu dipatuhi sepanjang berada di Pusat Sains Negara untuk kebaikan kita bersama.
- Sebagai langkah keselamatan, kami TIDAK MENGGALAKKAN kanak – kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas, untuk mengunjungi PSN memandangkan golongan ini adalah berisiko tinggi.
- Waktu lawatan baharu ke PSN adalah pada pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Pukul 4.00 petang adalah waktu terakhir pengunjung dibenarkan masuk dan membeli tiket masuk.
- Anda perlu mengimbas dan memuat turun aplikasi MYSEJAHTERA atau merekodkan butiran peribadi ke dalam buku daftar khas sebelum memasuki galeri.
- Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB memandangkan PSN adalah tempat awam.
- Saringan kesihatan akan dilakukan di laluan masuk utama sahaja. Pelawat yang melepasi saringan, dan suhu badan DI BAWAH 37.5° C dibenarkan masuk.
- PSN menggunakan sistem bernombor, dan hanya 250 PELAWAT sahaja dibenarkan berada di galeri/pameran PSN untuk satu – satu masa.
- Pengunjung yang datang ke PSN perlu memastikan penjarakan fizikal sekurang – kurangnya 1 meter termasuk ketika menggunakan kemudahan dan berada di galeri pameran.
- Pelawat dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan.
- Sentiasa amalkan etika batuk dan bersin yang betul, lebih – lebih lagi ketika berada di tempat awam.
- Untuk memastikan pergerakan pelawat terkawal, PSN hanya menggunakan satu sahaja laluan keluar /masuk.
- Pelawat yang keluar dari galeri untuk ke tandas atau tujuan lain, dikehendaki melalui semula proses saringan kesihatan.
- Pelitup muka yang telah digunakan, perlu dibuang di tempat yang telah disediakan. Jangan sekali – kali dibuang merata – rata.
- Peringatan juga kepada pelawat, orang kurang upaya, OKU mesti diberi keutamaan sepanjang berada di PSN.
- Buat masa ini kami tidak menerima sebarang tempahan berkumpulan.
*Pusat Sains Negara berhak meminda mana – mana garis panduan atas nasihat Pihak Berkuasa termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
#psnprihatin #kitajagakita #kitamestimenang