Ghost of Sosnovka juara pertandingan E-sports PSN 2019

KUALA LUMPUR – Pasukan Ghost of Sosnovka (Alpha) menempa nama sebagai juara selepas mengondol tempat pertama dalam Pertandingan E-sports Pusat Sains Negara 2019 yang berlangsung semalam, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1000.

Lebih manis, pasukan tersebut menjuarai kejohanan yang julung – julung kali diadakan oleh Pusat Sains Negara, sempena dengan Minggu Sains Negara 2019 yang berlangsung dari 27 Mac 2019 hingga 7 April 2019.

Tempat kedua bagi pertandingan ini adalah, dari kumpulan Loco Geng yang memperolehi 2045 mata, disusuli tempat ketiga, The Farang Lejund yang memperolehi 1870 mata, manakala tempat keempat, dari kumpulan Tupai Gaming.

Masing – masing membawa pulang wang tunai bernilai RM800, RM500 dan RM200.

Pada sebelah pagi, pertandingan ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, MESTECC, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Pembangunan, dan Pembudayaan MESTECC, Mohamad Yusof Radzuan bin Saad.

Pertandingan E-sports, Player Unknown Battle Grounds, PUBG adalah salah satu ‘signature’ program yang dijadikan platform untuk pembudayaan sains, teknologi dan inovasi STI bagi menarik minat golongan millennial.

Pertandingan yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang semalam, telah menarik penyertaan hampir 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Terdahulu