Maklumat Pertandingan
  1. Humanoid Robot Competition merupakan sebuah pertandingan robotik anjuran Pusat Sains Negara.
  1. Pertandingan ini bertujuan:
    • – memberi kesedaran terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kepada masyarakat;
    • – meningkatkan minat masyarakat terhadap robotik, kecerdikan buatan (artificial intelligence) dan teknologi berkaitan; dan
    • – menggalakkan inovasi dan pengaplikasian STEM secara kreatif dan kritis ke arah peningkatan kualiti kehidupan seharian.
  1. Tema pertandingan adalah “Sports With Robotics”. Robot humanoid perlu mempunyai anggota badan yang dapat digabungkan membentuk seperti tubuh badan manusia. Reka bentuk ini membolehkan robot melakukan pergerakan menyerupai manusia serta menjalankan fungsi-fungsi seperti berinteraksi dengan persekitaran dan membuat tugasan-tugasan lain.
  1. Tempoh pertandingan adalah bermula dari 15 Jun 2022 hingga 7 September 2022.
  1. Peserta perlu menghasilkan satu (1) projek fizikal (robot humanoid), satu (1) laporan projek dan satu (1) video projek berpandukan syarat pertandingan serta format laporan dan video.
  1. Penyertaan adalah percuma.

© Humanoid Robot Competition 2024