Format Laporan dan Video Projek

Laporan Projek:

  1. Muat turun Lampiran 1 (Borang Laporan Projek Humanoid Robot Competition) dan Lampiran 2 (Surat Pengesahan Penyertaan) di www.psn.gov.my/hrc/muat-turun-maklumat-pertandingan/
  2. Kedua-dua lampiran hendaklah dikembalikan kepada pihak urus setia ke alamat e-mel humanoidrc.psn@gmail.com sebelum tarikh tutup penghantaran laporan dan video pada 15 Ogos 2022.

Format Video:

  1. Video perlu dihantar dalam format MP4 menggunakan resolusi 720-1080P.
  2. Durasi maksimum video adalah 3 minit.
  3. Penyampaian hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
  4. Maklumat Projek iaitu Nama Kumpulan dan Nama Sekolah / Institusi dimasukkan sebagai pengenalan video.
  5. Kandungan video perlulah ringkas dan mudah difahami.
  6. Setiap kumpulan dikehendaki memberikan:
    • -metodologi / penerangan ringkas spesifikasi robot;
    • ciri fizikal tambahan / ubah suai; serta
    • -rakaman robot melaksanakan keempat-empat halangan dalam tempoh masa yang diberikan.

*Halaman ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

© Humanoid Robot Competition 2024