Kriteria Tugasan
- Pergerakan Berhalangan:
- – Empat (4) halangan perlu diletakkan secara sebaris. Jarak antara setiap halangan adalah 0.5m antara satu sama lain.
- – Mata dikira berdasarkan kebolehan robot mengelak kesemua halangan tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Robot perlu melakukan pergerakan dalam garis lurus melepasi kesemua halangan secara zig-zag.
- – Saiz halangan: 10cm – 115cm (tinggi)
- Mengangkat Beban:
- Robot perlu mampu mengangkat objek berikut:
- – Material: Cakera Padat (CD)
- – Robot perlu mengangkat dan membawa beban tersebut dalam jarak 30cm.
- – Mata akan dikira berdasarkan bilangan CD yang berjaya diangkat dalam satu-satu masa.
- Robot perlu mampu mengangkat objek berikut:
- Sepakan Penalti:
- – Jarak antara dua palang gol: 48cm
- – Diameter bola: 6cm
- – Sepakan penalti perlu diambil dalam jarak 1m daripada palang gol.
- – Robot perlu menunjukkan kemampuan melakukan sepakan penalti sebanyak 3 kali.
- – Sepakan penalti dikira berjaya sekiranya robot mampu menyepak bola ke dalam gawang gol sebanyak 3 kali berturut-turut.
- Pergerakan Bebas:
- Robot perlu melakukan sebarang pergerakan bebas. Markah dikira berdasarkan tahap kesukaran pergerakan/keunikan/pengaturcaraan mengikut budi bicara juri.
*Halaman ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.