Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pertandingan hanya terbuka untuk Institut Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) sahaja di seluruh Malaysia.
  3. Setiap penyertaan perlu berdaftar melalui pautan www.psn.gov.my/hrc/pendaftaran .
  4. Penyertaan secara berkumpulan – maksimum tiga (3) orang ahli dan seorang penyelia.
  5. Hanya satu (1) projek sahaja untuk setiap kumpulan.
  6. Peserta perlu menghasilkan satu (1) projek fizikal (humanoid robot), satu (1) laporan bertulis dan satu (1) video projek berpandukan garis panduan pertandingan serta mengikuti format yang ditetapkan.
  7. Melengkapkan Surat Pengesahan Penyertaan (Lampiran 1)  dan Borang Laporan Projek Humanoid Robot Competition (Lampiran 2) seperti di pautan www.psn.gov.my/hrc .
  8. Penyertaan bagi kategori IPT perlu mendapat pengesahan daripada pihak pentadbiran IPT yang berkenaan.
  9. Projek hendaklah berbentuk fizikal seperti reka bentuk, model, elektrikal, mekanikal, mekatronik, seni dan lain-lain.
  10. Robot perlu menyempurnakan lima (5) tugasan seperti berikut:
    • a. Melangkah Pagar
    • b. Mengangkat Beban
    • c. Balingan Bola
    • d. Ujian Bleep
    • e. Pergerakan Bebas
  11. Saiz robot tidak boleh melebihi 60cm (ketinggian).
  12. Semua bahan yang dihantar akan menjadi hak milik pihak penganjur. Penganjur berhak menggunakan semua bahan yang dihantar untuk apa-apa tujuan pameran/ promosi/ taklimat dan sebagainya.
  13. Setiap pembentangan projek (fizikal/ laporan/ video) perlu dilakukan oleh peserta sendiri dengan pemantauan daripada penyelia masing-masing.
  14. Projek hendaklah asli dan tidak pernah memenangi sebarang pertandingan sebelum ini.
  15. Idea projek hendaklah hasil janaan sendiri. Sebarang bentuk plagiat adalah dilarang sama sekali. Sekiranya berlaku plagiat dan produk tersebut telah didaftarkan di bawah Hak Cipta Perbadanan Harta Intelek, maka sebarang pelanggaran undang-undang hak cipta adalah di bawah tanggungjawab kumpulan tersebut dan bukan tanggungjawab pihak penganjur.
  16. Sebarang perubahan maklumat projek haruslah dimaklumkan pada urusetia sebelum tarikh pendaftaran ditutup.
  17. Kos setiap projek adalah di bawah tanggungjawab peserta sepenuhnya. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos atau kerugian yang ditanggung oleh peserta.
  18. Penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan akan ditolak.
  19. Pihak penganjur berhak untuk membuat pindaan terhadap syarat-syarat di atas pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.
  20. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

© Humanoid Robot Competition 2024