IKUTI KAMI DI PLATFORM DIGITAL!

KUALA LUMPUR: Bermula 2 Mei 2020, Pusat Sains Negara (PSN) telah menjalankan pertunjukan sains secara maya yang bersiaran langsung di Facebook Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang tidak berpeluang ke Pusat Sains Negara untuk melihat pertunjukan sains secara fizikal, kini berpeluang menonton secara dalam talian yang dibawakan khas dari Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur dan ditayangkan setiap hari Khamis pukul 12.30 tengah hari.

Selepas penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, ia merupakan salah satu inisiatif oleh pihak PSN untuk menjalankan demonstrasi tanpa melibatkan perhimpunan atau aktiviti orang ramai. Setiap minggu, pegawai sains akan mengadakan pertunjukan dengan eksperimen yang menarik seperti belon udara panas, pembakaran kastard, ubat gigi gajah dan tindak balas endotermik dan eksotermik.

Susulan penutupan semula Pusat Sains Negara bermula 14 Oktober 2020, pertunjukan sains secara maya bertukar kepada sesuatu yang bukan baharu tetapi ia dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika ini. Ia adalah sejajar dengan saranan kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Kaedah baharu yang diperkenalkan ini, bukan sahaja orang dewasa, malahan kanak-kanak dapat mempelajari, merasai dan menerokai sendiri dunia sains, teknologi dan inovasi yang menakjubkan dan tanpa sempadan yang dipersembahkan sendiri oleh para pegawai PSN. Jadi jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter Pusat Sains Negara dan subscribe Channel Youtube Pusat Sains Negara Official!

 

Terdahulu