Merancang Lawatan

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Pusat Sains Negara (PSN) adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada individu mahupun lawatan berkumpulan.

Atrium
Focal Point

Bahan pameran yang disediakan oleh PSN adalah mengamalkan konsep ‘self exploration’. Oleh itu pihak PSN TIDAK menyediakan khidmat jurupandu untuk lawatan anda. Anda boleh meluangkan masa satu jam atau satu hari untuk lawatan di PSN. Sekiranya anda merupakan peminat sains dan teknologi, anda akan rasa satu hari adalah tidak cukup untuk anda memahami dan membelajari semua bahan pameran di sini. Sekiranya anda hanya bersantai bersama dengan keluarga atau rakan, masa minimum yang diperlukan adalah dua jam untuk melawat semua galeri di PSN. Anda dapat juga menyaksikan pertunjukkan sains serta beberapa aktiviti sains yang ditetapkan oleh PSN (Program Awam) semasa lawatan anda.

Demonstrasi Menyelam
Demonstrasi Sains

Sila klik menu di sisi untuk mendapatkan maklumat lanjutan mengenai Bayaran Masuk dan Waktu Operasi PSN. Untuk makluman anda, bayaran masuk hanya untuk pameran tetap di PSN sahaja. Sekiranya terdapat pameran bertema, wujudnya bayaran tambahan terhadap bayaran masuk yang tertakluk kepada pameran bertema tersebut. Anda dinasihatkan menggunakan Borang Tempahan Lawatan untuk merancang lawatan anda.

Program Saintis Tunas
Program Nature Secret

Sekiranya anda memerlukan aktiviti sains yang disediakan khas oleh pegawai PSN, anda boleh menempah Program Sekolah untuk lawatan anda. Untuk makluman anda, program sekolah hanya dijalankan pada hari bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis. Lawatan berbentuk sebegini dinamakan Lawatan Berprogram. Tempahan boleh dilakukan dengan mengisi Borang Tempahan Program sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu sebelum lawatan untuk pihak PSN memproses permohonan tersebut. Bayaran Lawatan Berprogram adalah termasuk dalam harga tiket lawatan ke galeri pameran tetap PSN.

Untuk maklumat lanjutan dalam merancang lawatan anda ke PSN, sila klik menu Garis Panduan.

Jika anda memerlukan penerangan lanjutan sila hubungi:
Pertanyaan Am
Puan Shuhaila Samad
Tel: 03-2089 3400
Fax: 03-2089 3401


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) adalah cawangan yang pertama ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tarbiyah ilmu sains, teknologi dan inovasi bagi penduduk di kawasan Wilayah Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara). PSNCWU menyediakan sebuah galeri pameran sains yang mengandungi beberapa seksyen di dalamnya seperti Science Mall, Fascinating Tunnel, Sudut Islam dan Sains dan banyak lagi. Di samping itu, PSNCWU juga menyediakan sebuah taman pendidikan iaitu Taman Pendidikan Oryza.

Anda bolehlah meluangkan masa semaksima yang mungkin di sini kerana tiada had masa yang ditetapkan bagi lawatan galeri. Di sini anda boleh meneroka dan menimba ilmu yang terdapat dalam dunia sains dan teknologi. Tiada bayaran masuk yang dikenakan kepada pelawat sehingga dimaklumkan tarikhnya kelak oleh pihak PSNCWU.

Sekiranya anda ingin menyertai aktiviti sains yang disediakan khas oleh pegawai PSNCWU, anda boleh menempah aktiviti yang terdapat dalam Program Sekolah. Program sekolah hanya dijalankan pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis. Tempahan bolehlah dibuat dengan mengisi Borang Tempahan Program, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh lawatan yang anda rancang. Sebarang tempahan yang dibuat di saat-saat akhir tidak akan dilayan.

Jika anda memerlukan penerangan lanjutan sila hubungi:
Pertanyaan Am
Puan Wan Lizawati Wan Salim
Tel: 04-735 3373
Fax: 04-735 3386

Bayaran Masuk

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Kategori
Harga (RM)
Dewasa 6.00
Kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas (55 tahun keatas)
3.00
* Kumpulan Murid Sekolah Rendah (termasuk Guru)
2.00
* Kumpulan Murid Sekolah Menengah (termasuk Guru)
3.00
* Kumpulan Dewasa (minima 10 orang) 5.00

Untuk layak mendapat bayaran masuk bertanda *, tempahan awal perlu dibuat.
Tempahan kumpulan sekolah mesti dibuat melalui guru besar sekolah dan mesti diiringi oleh guru.

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada warga istimewa .

pintu-gerbang

Tiket boleh dibeli di kaunter tiket yang terletak di pintu gerbang masuk.


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)

Percuma.

Waktu Operasi

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).

Tutup pada hari Jumaat.

Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang.

Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

waktu-operasi

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)

Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).
Tutup pada hari Jumaat.
Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang.
Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Lokasi

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Pusat Sains Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Persiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: N 3° 8′ 58″, E 101° 38′ 41″


Lihat peta lebih besar


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)

Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah

Koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″


Lihat peta lebih besar

Soalan Lazim

Apakah waktu operasi PSN?

Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).
Tutup pada hari Jumaat.
Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang.
Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila lihat Waktu Operasi.

Adakah PSN dibuka sewaktu musim cuti sekolah dan cuti umum?

Ya, dan tutup pada Hari Raya Aidilfitri.(*akan berubah dari masa kesemasa.)

Di manakah saya boleh membeli tiket masuk PSN?

Tiket boleh dibeli di kaunter tiket yang terletak di pintu gerbang masuk PSN.
Sila lihat Peta Interaktif.

Perlukah pelawat membuat tempahan awal?

Ya, hanya bagi rombongan sekolah sahaja.
Sila lengkapkan Borang Tempahan Lawatan untuk membuat tempahan.

Apakah tarikan umum PSN?

Konsep asas sains dalam bentuk interaktif.

Di manakah terletaknya PSN?

Di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti.
Sila lihat Peta Lokasi.

Apakah terma dan syarat di dalam bangunan PSN?

Makanan dan minuman dilarang dibawa masuk ke dalam bangunan. Merokok dan haiwan peliharaan dilarang di semua premis bangunan PSN.

Apakah yang saya akan dapat / peroleh dari PSN?

Ilmu pengetahuan dan keseronokan.

Apakah kemudahan lain yang disediakan di PSN?

Surau dan cafeteria.
Sila lihat Kemudahan.

Di manakah letaknya masjid yang terdekat?

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Adakah warga istimewa dikenakan bayaran?

Tiada bayaran dikenakan.
Sila lihat Bayaran Masuk.

Berapakah harga tiket untuk pelawat dewasa?

RM6.00 setiap seorang. (13 tahun dan ke atas).
Sila lihat Bayaran Masuk.

Berapakah harga tiket untuk pelawat kanak-kanak?

RM3.00 setiap seorang. ( 7 tahun – 12 tahun ).
Sila lihat Bayaran Masuk.

Berapakah harga tiket untuk warga emas?

RM3.00 setiap seorang. ( 55 tahun dan ke atas ).
Sila lihat Bayaran Masuk.

Tiada soalan anda disini?

Sila ajukan soalan anda melalui Borang Maklumbalas.

Garis Panduan

Untuk memastikan lawatan anda berjalan dengan lancar dan sempurna, sila baca dan fahami garis panduan yang disediakan di bawah :

Lawatan

  • PSN menyediakan lebih dari 1,000 bahan pameran bercorak interaktif.
  • Bahan pameran ditempatkan di dua belas galeri pameran.
  • Bahan pameran telah direkabentuk menggunakan konsep “tertumpu kepada orang yang belajar” dan “belajar sendiri”.
  • Bahan pameran direkabentuk untuk lawatan berulang.
  • Pengalaman adalah berlainan bagi setiap lawatan.


Ketibaan

  • Pelawat kanak-kanak dan pelawat lanjut usia dinasihatkan supaya turun dan menaiki kenderaan di depan pintu masuk bangunan PSN.
  • Pelawat dinasihatkan membaca semua arahan dan panduan yang tersedia di PSN.
  • Semua pelawat yang masuk ke kawasan PSN hendaklah sentiasa berhati-hati. PSN tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
  • Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bangunan PSN.
  • Dilarang merokok di premis PSN.
  • Dilarang membawa binatang peliharaan ke premis PSN.


Kenderaan Awam
- Menaiki Bas (ke PSN Kuala Lumpur)

  • Slia ambil bas RapidKL U83 daripada KL Sentral.
  • Bas ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 8:00 malam dengan kekerapan perjalanan setiap 1 jam.

Tempahan