Kit Tadahan Air Hujan dan Bravo Dustbin Juara NTC2020

KUALA LUMPUR: Kami Anak Selangor dan Bravo Brunoe melakar sejarah apabila menempa nama sebagai juara Pertandingan National Tinkering Challenge 2020: Komuniti Mampan bagi kategori masing – masing yang berlangsung pada November lalu.

Pertandingan yang julung – julung kali diadakan dengan kerjasama antara Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini, dijalankan melalui atas talian yang telah berjaya menarik lebih 70 buah kumpulan dari sekolah menengah dan rendah seluruh negara.

Juara bagi kategori sekolah rendah, iaitu Kami Anak Selangor (SK Seri Pristana, Selangor) menghasilkan Kit Tadahan Air Hujan yang dapat membantu memproses tadahan air hujan untuk mendapatkan sumber air bersih.

Hanya menggunakan bahan – bahan yang mudah diperolehi, kumpulan ini telah berjaya memikat hati juri dengan menghasilkan produk atau kit yang bukan sahaja mudah, malah berpotensi untuk dikomersialkan.

Sementara itu, juara bagi kategori sekolah menengah, Bravo Brunoe (SMK Pondok Upeh, Pulau Pinang) pula, tampil dengan inovasi tong sampah yang boleh membantu golongan yang mempunyai masalah untuk bergerak.

Selain bertindak sebagai tong sampah, ia juga mampu bertindak sebagai pengesan kebakaran dengan mengeluarkan bunyi penggera yang sangat kuat sehingga boleh menarik perhatian orang ramai di sekelilingnya.

Format pertandingan adalah dengan mengadakan sesi live pitching dan penghasilan Laporan Projek, selain mengambil kira jumlah undian penonton melalui Youtube Channel Pusat Sains Negara.

Jawatankuasa penganjur kemudianya mengumumkan pemenang pada 10 November 2020 bersempena Sambutan World Science Day 2020 melalui Live@PSN yang bersiaran secara langsung di Facebook rasmi Pusat Sains Negara. Berikut adalah senarai penuh pemenang Pertandingan National Tinkering Challenge 2020:

 

 

 

 

Terdahulu