Lepaskan rama – rama, catat Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR – Sebanyak 600 ekor rama – rama dilepaskan sempena dengan Minggu Sains Negara di Pusat Sains Negara, sekaligus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Rama – rama tersebut dilepaskan oleh Ketua Setiausaha Mestecc, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya bersama dengan 120 murid dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) yang berlangsung di Nature Garden.

Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, kerana fungsi serangga ini selain dari menjadi salah satu ejen pendebungaan yang membantu pokok-pokok untuk menghasilkan bunga dan buah-buahan serta bijian.

Selain menjadi simbol kecantikan dan kebebasan ia turut melambangkan tahap kesihatan ekosistem sesuatu tempat serta sumber makanan kepada haiwan lain.

Pada acara itu, 10 jenis spesis berbeza dilepaskan di antaranya captosilia sp, apilio sp, junonia sp, danaus sp, euploe sp, dan sebagainya.

Minggu Sains Negara fasa 1 berjalan serentak di beberapa buah negeri lain iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 1 April – 7 April ini.