Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah minat program jangkau luar PSN

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Yusof Yacob mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sains Negara (PSN), diiringi 16 pegawai dari pelbagai agensi di bawah kerajaan negeri Sabah.

Lawatan kerja yang berlangsung pada 24 Februari 2020 itu antara lain, perbincangan kedua – dua pihak untuk mewujudkan peluang kerjasama pada masa hadapan.

Pada pertemuan hampir 2 jam bersama PSN yang diketuai oleh Pengarahnya, Puan Mismah Jimbun menzahirkan kesediaan pusat pendidikan tidak formal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar di Sabah tentang kepentingan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

Maklumbalas yang diterima dari Datuk Yusof pula, beliau menyatakan minat terhadap program jangkau luar (Outreach) PSN untuk diperbanyakkan lagi di Sabah, sekaligus memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai STEM.

Malah kerajaan negeri Sabah turut mengalu – alukan sebarang usaha dari PSN untuk memupuk minat pelajar khusus di negeri di bawah bayu itu terhadap Sains melalui pendidikan tidak formal.

Justeru pelbagai aktiviti yang menarik sedang dirancang pada tahun ini dan tahun mendatang dengan sokongan dan kerjasama kerajaan negeri Sabah untuk memastikan usaha memupuk minat terhadap STEM berjalan dengan jayanya.

Jadi, orang – orang di Sabah tunggu kami datang ke sana, sesuatu yang menarik menanti anda semua!

Terdahulu