NOTIS PENTING UNTUK PENGUNJUNG PUSAT SAINS NEGARA

Pengunjung yang dihormati,

Susulan dari pengumuman Perdana Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat – kuasa dari 18 Mac 2020 – 31 Mac, Pusat Sains Negara akan ditutup kepada semua pengunjung sehingga tarikh yang akan diberitahu.

Adalah tanggungjawab kami bagi memastikan keselamatan pengunjung, kakitangan, serta sukarelawan pada tahap tertinggi tatkala penyebaran virus sudah mencapai tahap yang serius.

Untuk makluman, tiada lagi kes yang dicatat di Pusat Sains Negara, justeru langkah berjaga-jaga perlu di ambil sebelum kejadian yang tidak diingin berlaku.

Sebagai alternatif, anda boleh mengikuti saluran media sosial kami (Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube) untuk mengetahui perkembangan terkini Pusat Sains Negara.

Dengan mengikuti semua saluran media sosial kami, pelbagai maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa, justeru kami berikan maklumat, anda hanya perlu kekal di rumah.

Kepada semua rakyat Malaysia, pastikan langkah – langkah pencegahan diambil. Jika keadaan mengizinkan, kami akan beroperasi seperti biasa sebaik sahaja tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Kerjasama anda amatlah dihargai.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai COVID-19 klik disini.

#siladudukdirumah #psnprihatin

Terdahulu