Maklumat Pertandingan

 

 

Pengenalan Tinkering

Tinkering” ialah perbuatan yang menggambarkan aktiviti berkreativiti, merekabentuk dan menambahbaik sesuatu benda. Termasuklah membuat rekabentuk, binaan ringkas mekanikal dan elektrikal, percetakan 3D dan pengaturcaraan robotik, arca seni dan sebagainya.

 

Objektif pertandingan:

1. Platform dan ekosistem yang berpanjangan bagi masyarakat untuk terus merekacipta, berkreativiti dan berinovasi;


2. Menggalakkan pelajar mengaplikasikan STEM secara kreatif dan kritis ke arah peningkatan kualiti kehidupan harian; dan


3. Menyokong Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN, 2021-2030) dengan usaha pembudayaan Sains,Teknologi dan Inovasi (STI) di kalangan masyarakat melalui aktiviti pembelajaran sains bukan formal di Pusat Sains Negara.

 

Kategori peserta:

a) Sekolah rendah (Tahun 4 – 6)

Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster projek DAN slip penghantaran yang menepati format yang telah ditetapkan.

b) Sekolah menengah (Tingkatan 1 – 5)

Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster projek DAN slip penghantaran yang menepati format yang telah ditetapkan.

c) Murid berkeperluan khas ( Terbuka Tahun 4 – Tingkatan 5)

Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster projek DAN slip penghantaran yang menepati format yang telah ditetapkan.

Yuran penyertaan : Percuma

Tarikh tutup pendaftaran: 21 Jun 2023 (12.00 tengah hari)

Maklumat Urus setia NTC 2023 : Nur Hafawati Bt Abdullah (03-2089 3463)

                                                         Muhammad Haziq Bin Abdul Rahim (03-2089 3566)

© National Tinkering Challenge 2024