PAMERAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM JUN INI

Utusan (28 Mac 2013)

Putrajaya, 27 Mac- Malaysia bakal menjadi negara Asia pertama menganjurkan Pameran 1001 Invention: Kegemilangan Tamadun Islam iaitu produk pelancongan terbaru negara untuk menarik kedatangan pelancong.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pameran yang menonjolkan pencapaian tamadun Islam itu akan diadakan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur bermula Jun sehingga Disember tahun ini.

Katanya, Malaysia yang dikenali dunia sebagai sebuah negara Islam progresif dan maju merupakan tempat terbaik untuk menganjurkan pameran tersebut.

Hadir sama , Pengarah Operasi Science Discoveries Sdn. Bhd., David Oh.

Pameran tersebut dianjurkan oleh 1001 Invention UK Ltd., dengan kerjasama Science Discoveries dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan.

Bayaran masuk RM20 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak).

Yen-Yen berkata, selain Kuala Lumpur, 1001 Inventions juga akan diadakan ke negeri lain di seluruh negara.

“Ia berkisar tentang bagaimana tamadun Islam membantu membina asas kepada dunia baru hari ini.”

Pada masa sama, beliau berkata pameran ini merupakan inisiatif pendidikan global untuk mempromosikan kesedaran mengenai pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun Islam pada kurun ketujuh dan tahun berikutnya.

Beliau menambah, 1001 invention telah menerima lebih tiga juta pengunjungketika penganjurannya di London, Istanbul, New York, Los Angeles, Washington dan ASsia Barat sebelum ini.

 

Terdahulu