Panduan Mengisi Borang Tempahan

  • Kesemua ruangan yang bertanda * wajib diisi
  • Maklumat Sekolah / Agensi
    • Ruangan Nama Sekolah/ Agensi/ Persatuan – boleh diisi dengan nama sekolah, nama persatuan, organisasi, kelab atau nama kumpulan anda.
    • Ruangan Alamat – boleh diisi dengan alamat surat-menyurat kumpulan anda
    • Kategori Organisasi – Pilih kategori yang sesuai untuk mengklasifikasikan organisasi anda
    • Poskod – Masukkan poskod yang sama dengan alamat surat-menyurat

 


  • Maklumat Perhubungan – Maklumat mesti diisi dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda sekiranya maklumat tambahan diperlukan
    • Nama Guru/ Pegawai Bertanggungjawab – Kakitangan kami akan berurusan dengan individu yang namanya diisi pada ruangan ini
    • Telefon – Kami akan menghubungi nombor yang diisi pada ruangan ini sekiranya diperlukan.
    • Email –  Dokumen – dokumen yang diperlukan (sekiranya ada) mungkin akan dihantarkan kepada alamat email yang diisikan pada ruangan ini. Notifikasi sistem Juga akan dihantar kepada alamat email ini.
    • Nama Guru / Pegawai Tambahan – Sekiranya individu yang diisi pada ruangan ‘ Nama Guru/ Pegawai Bertanggungjawab ‘ tidak dapat dihubungi, kakitangan kami akan mengubungi individu yang diisikan pada ruangan ini sekiranya diperlukan.


    • Maklumat Tempahan – Maklumat ini diperlukan untuk kakitangan kami yang akan mengawal / menyusun aktiviti yang diperlukan oleh kumpulan anda.
      • Lokasi Lawatan – Tentukan sama ada anda ingin melawat ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (Kedah) atau Pusat Sains Negara (Kuala Lumpur)
      • Tarikh & Masa Lawatan – Wajib diisi untuk membolehkan kakitangan kami membuat persedian awal. Untuk mengelakkan kesilapan pemilihan tarikh, beberapa kekangan dibuat untuk ruangan ini. Antaranya ialah :
        • Anda hanya akan dapat melihat dan memilih tarikh bagi tempoh bermula dua minggu akan datang sahaja.
        • Anda tidak akan dapat melihat dan memilih tarikh yang jatuh pada hari jumaat. Pusat Sains Negara ditutup pada setiap hari jumaat untuk kerja-kerja penyelengaraan bahan pameran.
        • Tiada program sekolah akan dijalankan bagi hari Sabtu dan Ahad. Hanya lawatan biasa sahaja boleh dibuat pada hari tersebut
        • Pusat Sains Negara akan ditutup pada pukul 5:00 petang setiap hari. Oleh itu, masa tempahan dihadkan sehingga pukul 4:00 petang sahaja.
        • Permintaan Khas – Ruangan ini adalah untuk anda menyatakan permintaan / arahan khas (sekiranya ada). Contohnya, anda mahukan ‘Program Saintis Tunas‘ untuk kumpulan pelajar sekolah anda.

          Sila rujuk Program Sekolah  untuk memudahkan anda memilih program yang sesuai

         

    • Tempahan Makanan  – Untuk tempahan makanan, Anda diminta untuk menghubungi pihak kafeteria
    • Verifikasi Captcha – Verifikasi ini adalah untuk mengelakkan SPAM.  Isikan huruf dan nombor yang tertera pada ruangan verifikasi. Sekiranya huruf yang tertera sukar dibaca, sila tekan pada ikon   untuk mendapatkan turutan nombor yang lebih mudah dibaca.
    • Menghantar borang tempahan – Tekan butang ‘Hantar Tempahan’ untuk menghantarkan tempahan

    • Notifikasi – Notifikasi akan dipaparkan sekiranya borang tidak lengkap diisi