Galeri pameran dan aktiviti dalam kebiasaan baharu

Hampir lima bulan ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 lalu, PSN dibuka semula kepada orang ramai bermula 12 Ogos 2020 ini. Kami pasti pelawat teruja untuk kembali semula ke PSN. Dalam keterujaan itu, kami sentiasa mengambil berat tentang keselamatan pelawat dan kakitangan kami.

Justeru, kami telah menyediakan garis panduan lengkap yang wajib dipatuhi pengunjung, bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan. Melawat, melawat juga, tetapi garis panduan yang telah tetapkan jangan sesekali dilupa. Klik di sini untuk perincian garis panduan untuk masuk ke PSN.

Lawatan anda sekeluarga mungkin tidak lagi sama seperti sebelum – sebelum ini, justeru berikut adalah galeri/pameran di bahagian luar dan dalam bangunan yang ditutup kepada pengunjung bagi mengekang penyebaran Covid-19;

  • Subterranean Journey (luar bangunan)
  • Water Plaza (luar bangunan)
  • Herbal Garden (luar bangunan)
  • Little Explorer (dalam bangunan)
  • Sebahagian Galeri Kidz World (dalam bangunan aras 1)
  • Demonstrasi Menyelam (dalam bangunan aras 1)
  • Survive the Bunker (dalam bangunan aras 2)

Untuk makluman pelawat, aras 3 yang menempatkan pejabat pentadbiran PSN, turut ditutup kepada pelawat. Hanya yang mempunyai urusan rasmi sahaja dibenarkan untuk ke aras 3.

Selain itu, kami juga menghentikan buat sementara waktu beberapa program yang sukar untuk memastikan kepatuhan kepada garis panduan serta penjarakan fizikal.

PROGRAM SEKOLAH

Program Prasekolah

  • Program Saintis Tunas

Program Sekolah Rendah

  • Program Innovation & Creativity
  • Program Sci – Trend
  • Program Science Wonder
  • Program Nature Secret (Rahsia Alam)

Program Sekolah Menengah

  • Program Innovation & Creativity
  • Program Sci – Trend
  • Program Science Wonder
  • Program Nature Secret (Rahsia Alam)
  • Program Sains Komunikasi

PROGRAM PEMBELAJARAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) Program Komuniti

  • Program Special Science Day
  • Program Science Kids
  • Meet the Scientist

Program Khas

  • School’s Out Kids In
  • Sci – Fest PSN
  • Robot Tempur
  • Pertandingan Robotik

#PSNprihatin #kitajagakita #kitamestimenang

Terdahulu