Program Fasilitator

Pusat Sains Negara mengalu-alukan individu yang ingin berganding bahu bersama kami sebagai fasilitator demi mempertingkatkan ilmiah rakyat Malaysia terhadap sains dan teknologi.

Kami memberi peluang kepada anda untuk menyertai kami, seterusnya membantu mencapai misi kami.

Sukarelawan

Adakah anda …

  • Seorang yang ramah dan ceria?
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Suka berkomunikasi, dan membantu orang ramai?

Jika jawapan anda “Ya” …Tahniah! kerana anda berpeluang menjadi sebahagian daripada kami.

Setiap fasilitator Pusat Sains Negara berpeluang membantu kami di dalam :

  • Membantu pengurusan harian galeri seperti memberi maklumat yang berkaitan, mengawasi pelawat dan memberi penerangan berkaitan penggunaan bahan pameran yang betul
  • Membantu menyediakan keperluan dan pelaksanaan sesuatu program/aktiviti

Waktu bertugas:

  • Isnin hingga Khamis – Waktu harian
  • Sabtu dan Ahad
  • Hujung minggu, Hari Kelepasan Am, Cuti persekolahan
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Insentif & Kemudahan

  • Pakaian seragam PSN
  • Berpeluang menggunakan kemudahan yang terdapat di PSN
  • Berpeluang menyertai program/aktiviti anjuran PSN
  • Wang saguhati berdasarkan bilangan jam bertugas
  • Latihan dalaman mengikut bidang-bidang tertentu

Sekiranya anda berminat boleh mengisi borang permohonan atau sekiranya ingin mendapat keterangan lanjut,  silalah hubungi :

Penyelaras Program
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
i. Hafizah Binti Muhamad Kher
(hafizahkher[.a.t.]psn.gov.my)
03-2089 3400 ext 3409

Terdahulu