Program Jangkau Luar

Sejak beroperasinya Pusat Sains Negara (PSN) pada tahun 1996, ia telah banyak dikunjungi oleh masyarakat khususnya yang tinggal di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, didapati masyarakat yang tinggal agak berjauhan seperti di negeri-negeri di utara, selatan, pantai timur semenanjung, Sabah serta Sarawak tidak ramai yang berpeluang untuk melawat serta memanfaatkan pembelajaran sains dan teknologi yang disediakan oleh PSN. Malah, ada yang langsung tidak tahu akan kewujudan PSN. Berlandaskan hakikat inilah, maka PSN telah menggubal Program Jangkau Luar bertujuan membawa dan memperkenalkan PSN ke seluruh pelusuk desa dalam skala yang kecil.

Selepas beberapa tahun perlaksanaannya, Program Jangkau Luar telah mengalami beberapa transformasi dengan pengwujudan beberapa program yang dibentuk bagi kumpulan sasaran yang lebih khusus serta jalinan kerjasama dengan beberapa pihak. Antara program yang telah diperkenalkan hingga ke hari ini adalah:

Penyelaras Program

Farahzaida Abdul Kader
Tel: 04 -720 7704

Mohd. Aziz Khan B. Mohd. Amin
(m_azizkhan[@]psn.gov.my)
Tel: 04 -720 7709
 

[nggallery id=10]