Program Kelana Sains


Program Kelana Sains merupakan satu program jemputan terancang yang mensasarkan kepada masyarakat luar bandar yang tidak berpeluang untuk datang ke PSN. Jemputan yang diterima terdiri dari peringkat Kementerian, sekolah, pertubuhan kerajaan & NGO mahu pun di peringkat Kerajaan Negeri.

Konsep pengisiannya adalah berbentuk demonstrasi sains dan pameran interaktif. Ini bagi memberi impak yang berkesan dalam membina satu aliran baru dalam memahami dan mendalami sains, teknologi dan inovasi. Pengisian program ini telah bermula dari pameran bergerak berupa karavan yang berkelana di sekitar Lembah Klang dan seterusnya telah dinaiktaraf kepada bas pameran yang kini menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Tempahan Program Kelana Sains
Untuk menempah Program Kelana Sainss, sila menghubungi penyelaras program untuk menentukan tarikh program dan kandungan program. Sebagai alternatif sila hantar surat kepada:

Pengarah,
Pusat Sains Negara,
Persiaran Bukit kiara, Bukit Kiara,
50662 Kuala Lumpur

Penyelaras Program
Mohammad Fuad Rahman
(fuad[a.t]psn.gov.my)
Tel: 03-20893588

Tengku Mohd Hazimi bin Tuan Hassan
(m.hazimi[a.t]psn.gov.my)
Tel: 03-20893493