Program Penempatan Pendidik

Program ini adalah kerjasama antara Pusat Sains Negara dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif
i. Memberi pendedahan pengajaran-pembelajaran jenis interaktif hands-on melalui bahan pameran dan program / aktiviti kepada pendidik bagi diterapkan dengan kurikulum sekolah.
ii. Mendapatkan khidmat kepakaran dalam penggubalan program pendidikan dan pameran Pusat Sains Negara (PSN).

Kumpulan Sasaran

  • Dua (2) orang guru sains dan matematik sekolah rendah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Dua (2) orang guru sains dan matematik sekolah menengah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Butir-butir Program

  • Guru-guru didedahkan kepada bahan pameran program tarbiyah sains, pusat sumber serta kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti bengkel dan makmal sains interaktif hands-on Pusat Sains Negara (PSN).
  • Berasaskan kepakaran guru dalam kurikulum dan teori pendidik guru menghasilkan moduls program dan aktiviti serta helaian kerja yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah ataupun semasa lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN).

Penyelaras Program
Siti Munirah
03-2089 3400 ext 3490

 

Terdahulu