Program PSN Di Desa


Program PSN Di Desa merupakan salah satu komponen di bawah Program Jangkau Luar pertama yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara bagi memberi pendedahan, memupuk serta mencetus minat masyarakat desa terhadap bidang sains dan teknologi. Program ini telah diadakan seawal tahun 1999 lagi dengan penganjuran tertumpu kepada pameran oleh PSN sahaja. Pengendalian program terancang yang dijalankan di negeri-negeri terpilih ini, telah mendapat kerjasama penuh dari Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Exco Sains merangkap Pengerusi Program Penggalakan Sains & Teknologi.

Program yang berkonsepkan ‘turun ke padang’ ini, dijalankan di kawasan desa dengan pengisian bahan pameran interaktif, demonstrasi sains dan aktiviti-aktiviti dari PSN. Selain itu juga, turut melibatkan pameran agensi-agensi MOSTI, Kerajaan Negeri dan swasta bagi sepanjang 4 hari perlaksanaannya.

[nggallery id=6]

Terdahulu