Program Science On Wheels


Konsep bas pameran bergerak iaitu ‘Science On Wheels’ telah memulakan misinya dengan membawa bahan pameran bertemakan ’Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam’ ke seluruh semenanjung Malaysia pada 2007. Dalam mengembangkan idea dan membangunkan daya pemikiran ke arah mencetuskan dan menyemai minda kreativiti dalam bidang sains dan teknologi, PSN telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan siri jelajah ke sekolah-sekolah terpilih bermula 2010 mengikut pusingan negeri. PSN telah menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pelajaran Negeri bagi merealisasikan program yang lebih kepada kumpulan sasaran yang lebih khusus.

Malah, PSN turut merencanakan program ini kepada warga komuniti di beberapa lokasi luar bandar termasuklah di Satellite Science Centre, Gemencheh agar masyarakat tersebut merasai kemudahan yang dibangunkan oleh PSN. Bagi memantapkan pengisian yang lebih informatif, penglibatan beberapa agensi MOSTI dan agensi jemputan yang lain meliputi kerajaan Negeri dan tempatan turut dijemput. Program ini telah memberi satu kelainan dari segi persembahan pameran dalam bentuk ringkas dan mudah dibawa.

[nggallery id=4]

Terdahulu