Program Special Science Day

Program Special Science Day yang dahulunya dikenali sebagai Program Warga Istimewa PSN merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara sebagai usaha khidmat sosial Pusat Sains Negara kepada masyarakat. Program ini dijalankan dengan menggunakan program dan kemudahan pembelajaran yang sedia ada iaitu bahan pameran interaktif dan aktiviti yang direkabentuk mengikut kumpulan istimewa.
[singlepic id=66 w=320 h=240 float=none]
Objektif
i. Sebagai salah satu usaha khidmat sosial Pusat Sains Negara kepada masyarakat.
ii. Memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk merasai pengalaman sebenar sesebuah Pusat Sains.
iii. Memberi pendedahan kepada kumpulam sasaran mengenai kemudahan pembelajaran sains dan teknologi Pusat Sains.

Kumpulan Sasaran
i. Cacat anggota, buta, bisu, pekak, terencat akal, sindrom down, hiperaktif
ii. Kelas Khas seperti kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan/atau pendidikan khas
iii. Anak-anak miskin, warga miskin, warga teraniaya
iv. Warga emas yang melebihi 55 tahun.

Butir-butir Program
Program “Special Science Day” dicadangkan dijalankan di Pusat Sains Negara (PSN) daripada 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk Sekolah Pendidikan Khas dan badan kebajikan yang dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lokasi-lokasi untuk program adalah galeri Aras 1, galeri Aras 2, galeri sementara, Taman Pendidikan Sains dan makmal.

Kekerapan Program Setahun
Satu tahun satu (1) kali dengan tempoh selama empat (4) hari untuk setiap kali.