PSN dan Zoo Negara: Sesuatu yang menarik menanti anda!

KUALA LUMPUR – Bagi penggemar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM serta pencinta haiwan pasti teruja apabila Pusat Sains Negara, PSN dan Zoo Negara bakal menyediakan sesuatu yang menarik untuk anda.

Kerjasama antara kedua – dua pihak ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah dapat memupuk minat terhadap subjek zoologi, selain mendidik orang ramai tentang kepentingan mencintai haiwan.

Siang tadi, PSN mengadakan pertemuan bersama pihak Zoo Negara bagi membincangkan peranan yang boleh dimainkan kedua – dua belah pihak bagi memberikan kesedaran serta memupuk minat terhadap perkara tersebut.

Pusat Sains Negara diwakili oleh Pengarahnya, Puan Mismah Jimbun dan diiringi Ketua Penolong Pengarah Kanan, PSN Encik Mohamad Fuad Rahman.

Manakala, mewakili Zoo Negara ialah Timbalan Presidenya, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.

Ingin tahu apa yang menarik menanti pengunjung Pusat Sains Negara dan Zoo Negara? Nantikan pengumumanya tidak lama lagi!