PSN singgah di ‘Tip of Borneo’

Kemana pula Pusat Sains Negara pergi kali ini? Minggu ini, PSN Trooperz dan Unit Pendidikan, terbang ke bahagian utara Sabah, untuk menjalankan pelbagai aktiviti menarik untuk pelajar dan murid di Pulau Banggi, Kudat.

PSN Trooperz dan Unit Pendidikan dijemput ke Program STEM@Island anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menariknya, PSN Trooperz menyediakan pelbagai aktiviti, seperti Bengkel Sains Kereta Solar, Persembahan Sains dan Cabaran STEM.

Tidak ketinggalan, Program Inovasi Pendidik PSN 2019 turut berlangsung pada 24 April 2019 bersempena dengan Program STEM@Island di Pekan Karakit, Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang melibatkan guru-guru sekolah sekitar Pulau Banggi.

Hadir merasmikan program, Pembantu Menteri Kepada Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah merangkap Adun N1 Banggi, YB Tuan Mohammad Bin Mohamarin.