PSN TROOPERZ bawa bas terokai STEM

SHAH ALAM – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebenarnya subjek yang sangat menyeronokkan untuk dipelajari tidak kiralah ketika dibangku sekolah mahupun di universiti.

Oleh itu, Pusat Sains Negara, PSN Trooperz membawa keseronokkan itu ke Program ‘Discovery STEM 2019’ yang diadakan sehari bertempat di Dewan Al – Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada 13 Feburari 2019.

Susulan itu, lebih 2000 pelajar menyerbu booth pameran PSN Trooperz bagi menyaksikan sendiri bahan pameran yang dibawa khas ke Politeknik berkenaan.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah Science Corner, Science Challenge dan yang paling menarik, Science on Wheels yang membawa pameran PSN ke luar.

Malah kelainan yang dibawa PSN Trooperz kali ini ialah 3D Fan hologram, Kinect Sport Science, dan Pameran Interaktif di dalam bas pameran.

Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan STEM dalam kalangan pelajar tidak kiralah diperingkat bangku sekolah, mahupun di peringkat universiti.

Ia dirasmikan oleh Pengarah PSA sendiri iaitu, Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail.

Terdahulu