PSN TROOPERZ gegar Putrajaya!

PUTRAJAYA – Lebih 5000 pengunjung yang terdiri daripada penjawat awam dan orang awam termasuk pelajar sekolah sekitar Putrajaya melawat booth pameran PSN Trooperz pada 28 Januari 2019 lalu di Hotel Zenith sempena program MESTECC 2019 : Kuasai. Laksana. Ungguli (Own It. Do It. Ace It).

Tidak melepaskan peluang, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) YB Yeo Bee Yin yang sempat meninjau booth pameran yang dikendalikan oleh Unit Jangkau Luar (Outreach) dari Pusat Sains Negara (PSN).

Kehadiran beliau ke booth pameran PSN Trooperz disambut oleh Pengarah PSN, Puan Mismah Jimbun, dengan menerangkan tentang pameran serta aktiviti berkonsepkan hands – on yang boleh dilakukan oleh pengunjung.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah DNA Profiling, Paparan Hologram 3D, Line Tracking Robot, DIY Bridge, DIY Hologram, Dry ice indicator colour changes, Vitual Reality (VR) Dino Exhibit.

Sementara itu, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1), Khairi Abdullah memaklumkan, PSN Trooperz ini seharusnya dibawa ke sekolah – sekolah lebih kerap, agar pembelajaran matapelajaran Sains tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja.

“Sains sangat menarik, tetapi pelajar macam kami ini kurang pendedahan terhadap pembelajaran Sains di luar bilik darjah, saya harap pameran bergerak begini perlu diperbanyakkan,” ujar Khairi.

Bagi pelajar tingkatan 4 sekolah sama, Aqilah Md Ali memaklumkan, pameran PSN Trooperz ini sesuatu lain dari yang lain.

“Saya tidak pernah melakukan aktiviti bina jambatan di Pusat Sains Negara, tetapi bila ia dibawa keluar begini, baru saya tahu PSN ada aktiviti ini yang sangat menarik, dan menguji minda kami sebagai pelajar,” ujar Aqilah.

Terdahulu