PSN TROOPERZ tinggal jejak di Muar

MUAR – Bulan Mac menjadi bulan paling sibuk bagi pasukan PSN TROOPERZ yang sedaya upaya membawa Pusat Sains Negara ke seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Sempena Karnival STEM 2019 di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat, Muar, Johor, PSN TROOPERZ dijemput untuk memberi pengetahuan selain memupuk minat para pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Hampir 600 pelajar dan warga pendidik menyertai program selama sehari ini yang telah dirasmikan oleh Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari pada 4 Mac 2019, manakala PSN diketuai oleh Pegawai Sains, Ahmad Fadhil Mohd Salleh.

Program ini turut disertai Planetarium Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), SASBADI, Skuad ICT Muar, dan Bank Islam dibawah inisiatif ‘Mobile Science Centre’

PSN TROOPERZ turut mambawa Science On Wheel iaitu pameran bergerak Pusat Sains Negara, bagi memberikan gambaran lebih jelas kepada pelajar dan warga pendidik tentang STEM.

Malah dengan bangganya, PSN TROOPERZ turut diberi peluang untuk menjalankan gimik perasmian majlis dengan persembahan sains yang dicipta khas oleh PSN TROOPERZ.