Pusat Sains Negara meriah sempena Minggu Sains Negara!

KUALA LUMPUR – Sempena dengan Minggu Sains Negara, Pusat Sains Negara, PSN diserbu pengunjung dari pelbagai lapisan umur untuk tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Semalam, lebih 5000 pengunjung datang ke PSN untuk mengambil peluang untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat sempena dengan cuti sekolah yang bermula pada 23 Mac lalu.

Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan kemahiran dan berupaya memupuk minat pengunjung terhadap sains turut disediakan, antaranya Science Kitchen: Candy Chromatography Milk Color Changing, Persembahan Sains, Tinkering Challenge: Bridge Engineering Challenge, Pameran Green Guardian dan banyak lagi.

Minggu Sains Negara yang bermula semalam, akan berlangsung sehingga 7 April ini, serentak di empat buah negeri lain iaitu Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Malah, kemasukan ke PSN sempena dengan Minggu Sains Negara adalah percuma, kecuali Pameran Bertema: Survive The Bunker!

Jika ingin tahu kaedah membuat robot, atau ingin menguji minda membina jambatan hanya menggunakan batang aiskrim, di sinilah tempatnya.

Kepada yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang subjek sains iaitu Biologi, Kimia, dan Fizik, galeri baharu, Science Valley akan mula dibuka kepada pengunjung, pada 3 April ini.

Terdahulu