RC Jet: Bakal gegar Langkawi Oktober ini!

Pusat Sains Negara bakal menganjurkan Pertandingan Inovasi Jet Kawalan Jauh (RC) Peringkat Kebangsaan 2019 pada Oktober ini di Pulau Langkawi, Kedah.

Pertandingan ini adalah anjuran bersama antara Pusat Sains Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.

Lokasi penganjuran dipilih berdasarkan faktor Pulau Langkawi yang sinonim dengan pengajuran program aeroangkasa bersekala besar seperi Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA).

Objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi mengetengahkan idea dan inovasi kreatif pelajar sekolah menengah dalam menghasilkan suatu produk jet kawalan jauh dengan menggunakan bahan-bahan mudah dapat seperti papan polisterin, motor elektrik, servo dan sebagainya.

Melalui pertandingan ini, para pelajar akan didedahkan dengan konsep-konsep asas fizik penerbangan disamping mempelajari kaedah mengawal (maneuver) pesawat secara kawalan jauh.

Secara tidak langsung, para pelajar yang menyertai pertandingan akan digilap bagi meminati bidang sains aeroangkasa disamping meningkatkan kefahaman STEM dan kemahiran kreativiti dalam mengolah sesuatu bahan menjadi produk yang bermutu.

Format pertandingan ini memerlukan peserta membina pesawat daripada bahan-bahan asas yang dibekalkan, membentagkan hasil binaan dan  sebelum menerbangkan pesawat.

Peserta akan dinilai berdasarkan rekabentuk dan kekemasan binaan pesawat, pembentangan konsep sains aeroangkasa, dan asas penerbangan serta kemahiran mengawal pesawat secara kawalan jauh. Sebanyak 30 penyertaan dari seluruh negara dijangka akan menyertai pertandingan ini.