RC Jet gegar ruang udara Langkawi.

Pasukan Alfa Rator menjadi juara sulung Pertandingan RC Jet Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi, Pulau Langkawi yang berakhir semalam.

Alfa Rator dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu, Sarawak bukan sahaja menjadi juara, malah turut membolot ketegori Inovasi Terbaik serta jentera yang direka pasukan berkenaan mendapat ‘Like’ terbanyak di Facebook iaitu 880 ‘Like’.

Tempat kedua bagi kejohanan yang julung – julung kali diadakan itu ialah pasukan Panthera, dari SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan dari SMK Tunku Temenggung, Kedah dengan nama pasukan Temenggung Skylark.

Melihatkan kepada penyertaan yang amat menggalakkan dari pihak sekolah dan para pelajar, pertandingan ini dijangka akan menjadi acara tahunan dalam usaha untuk memupuk minat pelajar dalam Science, Technology, Engineering dan Mathematics, STEM.

Malah, turut hadir pada pertandingan tersebut hampir 4000 pengunjung tempatan yang amat teruja dengan pertandingan yang pertama kali diadakan itu.

Mereka turut menyifatkan pertandingan berkenaan adalah mini Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi  (LIMA) amat sinonim dengan Pulau Langkawi, yang diadakan setiap tiga tahun.

Pertandingan anjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama kerjaan negeri Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi, LADA dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah, YB Ooi Tze Min.