Sana – sini PSN Trooperz!

Seluruh pelusuk negara PSN Trooperz meninggalkan jejak, semata – mata untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM.

Sesiapa yang tidak berpeluang untuk datang ke Pusat Sains Negara, PSN yang terletak di Kuala Lumpur dan Kedah, kami bawakan terus kepada pelajar dengan pameran bergerak yang menarik dan interaktif.

Baru – baru ini, PSN Trooperz ke Kundasang, Sabah sempena Minggu Sains Negara, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, MESTECC, YB Isnaraissah Munirah Majilis pada 6 dan 7 April lalu.

Menariknya, PSN kali ini menyediakan sudut Do It Yourself, DIY selain Sudut Sains yang bertemakan sains astronomi bertepatan dengan tema Minggu Sains Negara, Sains Untuk Kesejahteraan.

Sementara itu, di utara tanah air pula, PSN Trooperz dijemput menyertai Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 dan Pelancaran Buku Iklim Perak.

Bertempat di Sekolah Menengah Bukit Merchu, ia dihadiri oleh 1091 pelawat dari pelbagai latar belakang.

Malah PSN Trooperz turut dijemput menyertai Program Karnival Sains dan Teknologi 2019 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang yang dirasmikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan yang dihadiri lebih 4000 pelawat.

Di selatan tanah air, Sekolah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan menjadi destinasi terkini PSN Trooperz menjejakan kaki dengan membawa pelbagai pengisian khas pelajar sekolah tersebut sempena Minggu Panitia Sains S.K Mantin.

Ingin tahu kemana pula PSN Trooperz selepas ini? Tunggu…

Terdahulu