TAWARAN SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BERKELULUSAN SISWAZAH PUSAT SAINS NEGARA, KUALA LUMPUR

Pusat Sains Negara (PSN) sedang mencari dua orang calon berkelulusan yang mahir dalam bidang seni rekabentuk (art design), grafik dan kreatif multimedia untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di PSN Kuala Lumpur.

SYARAT LANTIKAN
Kriteria calon adalah seperti berikut:
i. Berpewatakan menarik
ii. Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
iii. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai asas dalam bidang sains

SKOP TUGAS
i. merekabentuk galeri dan bahan pameran PSN yang lebih kreatif, inovatif dan interaktif;
ii. merekabentuk teks grafik pameran; dan
iii. urusan pentadbiran pengurusan pameran PSN
iv. tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

Bagi yang berminat boleh mengemukakan resume kepada amira@psn.gov.my sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Januari 2017. Sesi temuduga akan dijalankan bagi mereka yang layak. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh berurusan dengan Cik Nur Amira Abd Wahab menerusi emel berkenaan atau melalui talian di 03-2089 3464.

PUSAT SAINS NEGARA IS
CLOSED
FOR RENOVATION


----

PUSAT SAINS NEGARA
DITUTUP
SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA PENAIKTARAFAN