Xenix 2 dan ARVIS UKM juara sulung Humanoid Robot Competition

KUALA LUMPUR: Xenix 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur telah menjuarai Humanoid Robot Competition:Human-Like Machine kategori sekolah rendah dan menengah yang dianjurkan sempena dengan Minggu Sains Negara dengan tema Sains Untuk Kesihatan pada tahun ini ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19.

Untuk kategori institut pengajian tinggi, ARVIS UKM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi satu – satunya kumpulan yang memenangi pertandingan ini selepas pesaingnya, PutraUPM dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menarik diri saat – saat akhir apabila robot yang dipertandingkan mengalami masalah teknikal.

Pertandingan yang dianjurkan secara maya oleh Pusat Sains Negara (PSN) sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) kepada masyarakat selain meningkatkan minat masyarakat kepada robotik, kecerdikan buatan (artificial intelligence) dan teknologi berkaitan serta menggalakkan inovasi dan pengaplikasian STEM secara kreatif dan kritis ke arah peningkatan kualiti kehidupan seharian.

Secara amnya, robot humanoid mempunyai anggota badan yang dapat digabungkan membentuk tubuh manusia, malah rekabentuk ini membolehkan robot melakukan pergerakan menyerupai manusia serta menjalankan fungsi-fungsi seperti berinteraksi dengan persekitaran dan tugasan-tugasan lain.

Pertandingan yang berlangsung dari 10 Mac 2021 hingga 7 April 2021 ini telah disertai sebanyak 10 kumpulan sekolah dan juga institut pengajian tinggi dari seluruh negara untuk mempamerkan kebolehan masing – masing dalam kecerdikan buatan yang menjadi salah satu syarat pertandingan yang julung kali diadakan ini.

Kriteria yang diambil kira dalam penjurian ialah, setiap robot humanoid yang bertanding perlu menyempurnakan tugasan seperti pergerakan berhalangan, mengangkat beban, sepakan penalti dan pergerakan bebas.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang juga amat menarik, iaitu wang tunai RM5000 bagi tempat pertama, RM3000 untuk tempat kedua, tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000 serta dua saguhati, masing – masing bernilai RM1000 bagi kedua-dua kategori. Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, layari laman sesawang berikut: http://www.psn.gov.my/hrc/

Jika anda ingin menonton semua video robot humanoid ini beraksi, tonton di Youtube Channel Pusat Sains Negara Official melalui pautan berikut: https://www.youtube.com/channel/UC3wMWmbjKwhJIzKiVXCnfbA

SENARAI PENUH PEMENANG HUMANOID ROBOT COMPETITION:HUMAN-LIKE MACHINE 2021:

Terdahulu